Dana Pembinaan

Friday 23 September 2011

Buku Program | Iklan

Sekiranya berminat, pihak anda boleh menghubungi penganjur seperti di dalam buku program.

Tuesday 13 September 2011

Anjuran

Bersama SMK Junjung,  PIBG SMK Junjung dan Tenaga Nasional Berhad Kulim

Matlamat & Objektif


2.0 Matlamat.
Mewujudkan hubungan akrab antara pihak Sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat  dalam membina budaya ilmu , suasana mesra Aidiladha serta menerapkan budaya pengorbanan untuk kebaikan bersama.

3.0 Objektif.

3.1        Mewujudkan hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat  khususnya dengan dengan waris pelajar dan komuniti.
3.2        Membina budaya yang positif warga sekolah ke arah pembinaan budaya ilmu berterusan di sekolah dan dalam masyarakat dalam membentuk masyarakat sejahtera.
3.3        Mengumpul dana untuk menyiapkan Gelanggang Riadah Serbaguna SMK. Junjung.
3.4        Merangsang warga sekolah dan komuniti untuk membelanjakan sebahagian daripada pendapatan untuk memanfaatkannya untuk kebaikan.
3.5        Mencetuskan semangat berkorban dan berusaha menuju kejayaan.
3.6        Mengumpul dana untuk Pembinaan PUSAT RIADAH TERBUKA SMKJ.
3.7        Menyedarkan tentang pentingnya hubungan kita dengan Pencipta dalam kehidupan di samping berusaha memahami  dan menghayati konsep ubudiyah yang sebenar.

Pengenalan

Perayaan ibadah Aidiladha merupakan antara perayaan yang paling dimuliakan dalam Islam. Saban tahun perayaan ini disambut oleh umat Islam di seluruh pelusok dunia demi mengagungkan kebesaran Allah s.w.t Pelbagai sambutan dan perayaan dijalankan untuk menggambarkan pengorbanan demi pengorbanan yang harus dilakukan dalam merealisasi sesuatu yang terbaik dalam melaksanakan ubudiyah kepada Allah s.wt.  Kedatangannya pada tahun ini akan disambut dengan penuh bermakna dan menjadi suatu memori manis sekolah.  SMK. Junjung  bukan sekadar melakukan ibadah korban seperti yang dituntut, malah maju setapak lagi dengan turut menampilkan Forum Perdana Aidiladha 2011 dalam usaha menyerap sepenuhnya pengertian yang dituntut oleh islam agar dapat dihayati oleh umat Islam setempat. Program korban dan forum yang dijalankan secara serentak ini ditampilkan sebagai KOFPA 2011, iaitu
PROGRAM KORBAN & FORUM PERDANA AIDILADHA 2011.

      Program ini diharapkan mampu membina semangat pengorbanan berterusan dalam setiap segenap aspek kehidupan dalam usaha mencapai kejayaan di dunia dan akhirat serta  mendapat keredaan Allah s.w.t. Semoga KOFPA 2011 yang dirancangkan ini mampu merealisasikan semangat pengorbanan dalam jiwa setiap insan dan mendapat ganjaran, keberkatan dan keredaan daripada-Nya. Semoga, segala yang terbaik adalah untuk kita semua

RVSP di facebook

Anda boleh melihat butir program di facebook.
lihat di sini